My Iklan

Saturday, August 21, 2010

Good morning sayang :)

Salam & hi..

Morning sayang! How are you today?? Oopss!!
I was talking to my blog ok.. Bukan dekat siapa2 di luar sana..
Hehehe.. Urrmm, apa yang i nak tulis ye? Owwhh yeah! Ada story pasal i lagi..
I citer kat you ye sayang.. Dengar tau :)

Blog owhh blog..
Alhamdulillah aku ucapkan di atas peluang dan rahmat yang telah diberikan-Nya pada ku..
Dalam aku berjuang dan bertahan atas kesedihan akibat cinta, Dia telah memberikan aku peluang lain untuk aku memperbaiki kehidupan ku. Satu demi satu jalan di buka di hadapan ku agar aku senantiasa berada di dalam jalan yang benar. Terkadang kan blog, aku rasa macam hina sangat diri ku ini. Kau tau sebab apa? Sebab aku benar2 teruk pada-Nya. Aku rasakan seolah aku tidak layak untuk mendapat kebaikan dari-Nya, namun aku juga tidak ingin mendapat kemurkaan-Nya :(

Blog owhh blog..
Banyak peluang dan ruang ditunjukkan padaku, di saat aku menahan sakit hatiku. Tp biarlah aku bercerita kepada engkau wahai blog tentang beberapa perkara sahaja. Kalau nak diceritakan semua, rasanya baik aku buat novel atau cerpen. Cerita pertama wahai sayangku, dalam masa aku menangis kesedihan..kesepian.. Aku telah dipanggil untuk temuduga. Pada mulanya aku ingatkan ia hanyalah kerja yang biasa, tp sangkaan aku meleset. Aku dipanggil temuduga untuk bekerja dengan Tahweel Centre kepunyaan Al-Rajhi. Tahweel Centre adalah tempat kiriman wang macam Western Union tu. Sangka ku lagi, aku hanya ditawarkan kerja sebagai kuli.. Tp rupanya aku ditawarkan post sebagai Assistant Manager. Bagai ditembak tepat ke dada, jantungku seolah berhenti keriangan mendengar tawaran itu. Aku sudah 2 kali di temuduga oleh mereka. Kata mereka jawatanku telah disahkan cuma menanti "Offer Letter" nya sahaja. Bila akan ku dapat? InsyaAllah dalam masa terdekat. Ya Allah, engkau permudahkanlah segala urusan mengenai ku di dunia ini Ya Allah.. Amin.

Blog owhh blog..
Cerita seterusnya lagi, masih mengenai peluang yang Allah berikan padaku. :)
Dari seorang insan biasa, kini aku telah memiliki sebuah syarikat sendiri.. Bagai tak percaya, baru sahaja aku ditawarkan kerja yang baik, kini aku diberikan peluang untuk membuka sebuah syarikat pula. Alhamdulillah... :)
Pada dasarnya, syarikat ini benar kepunyaanku kerana didaftarkan atas nama ku. Namun, bagiku adalah tidak patut untuk aku bersikap tamak ke atasnya lalu aku bercaadng untuk membuatnya bersama bantuan rakan2 ku. Aku, Acot, Austin, Along dan Khairi sama2 bersetuju untuk bergabung demi syarikat ini. Ku harapkan, apa yang diimpikan akan menjadi kenyataan kelak. Kami bercadang menjadi yang terbaik pada masa akan datang. Mudah-mudahan perjalanan kami bersama dipermudahkan dan diberkati oleh-Nya. InsyaAllah.

Blog owhh blog..
Jadi, itulah antara perkara2 yang aku rasakan amat bermakna padaku buat masa ini. Terus terang blog aku katakan, pedih dan sakit akibat cinta masih belum dapat aku hilangkan. Namun aku terus berharap agar ada sinar yang bakal menjelma dan menukar segala keperitan itu menjadi kebahagiaan. Aku harap agar semua turut ada bersamaku bila itu berlaku. Ku harap juga agar dirimu sayangku akan tetap bersamaku selamanya.. :)


1 comment:

makeurich said...

alhamdulillah' rezki yang Allah bagi tu gunakan sebaiknye mer' semoga ko berjaya dunia dan akhirat~~ :)