My Iklan

Friday, August 27, 2010

Siapa Maria??

Malam itu aku bersama rakan-rakan. Mujur aku tidak keseorangan dek kerana kesepian ditinggalkan. Rakan-rakan lah yang jadi pengubat luka sendu di hatiku. Memang macam tu lah lumrah hidup. Ditelan mati mak, diluah mati bapak.

Siapa Maria??
Siapa? Kau kenal? Engkau pula bagaimana?
Kenal sama Maria??
Siapa Maria??

Seperti kebiasaan malam sehari sebelum cuti, aku pasti melepak bersama rakan. Kalau dulu bersama si dia, kini hanya bersama rakan-rakan. Bila dah ramai-ramai, macam-macam lah yang teringin dibuat. Malam itu, perkara pertama yang kitorang buat ialah tengok wayang. Cerita yang ditonton mestilah sesuai dengan keadaan semasa. Yelah, kalau keluar dengan awek bolehlah layan cerita jiwang-jiwang. Kalau dengan rakan-rakan kenalah yang penuh aksi. Kalau takpun yang kelakar lah.

Dah habis tengok wayang kitorang buat ape plak??

Haa, selesai je cerita tu takde lagi tempat lain yang nak dituju. Pastinya kedai makan! Hahaha..
Time makan ni, kenalah buat pilihan betul-betul. Takut ade pula yang makan untuk kali ketiga. Hehehe.. Tak kenyang punya pasal.

Aku pula kalau makan kedai mamak, takde lain yang aku order confirm nasi goreng ayam. Aku bukan ape, aku sekarang dalam proses meng'gred' kedai-kedai makan yang aku pergi. Siapa punya nasi goreng ayam terbaik?? Haa.. Setakat ni aku sorang je yang tau. Sorry ye, aku tak rasa macam nak share benda tu sekarang. Hehehe.. Next post maybe (n_n)

Errmm, tapi siapa Maria??

Lorr, aku tak jawab lagi ye?? Hahaha.. Maria kalau dilihat memang cantik! Lemah lembut! Menggoda! Peramah! Pandai sungguh dalam mengambil hati. Nak dijadikan cerita, bertemu dengan Maria seolah bertemu dengan awek kayangan yang datang turun lepak kat bumi sekejap :) Kelembutan Maria dan keayuannya betul-betul menguji iman. Maria memang pandai!

Sampai macam tu sekali penangan Maria??

Hehehe.. Bila dengan Maria, aku seolah boleh melupakan si dia yang pernah aku sayang dan cinta dulu. Segala kesakitan akibat C.I.N.T.A semuanya hilang bila bersama Maria. Kekadang aku rasa macam nak bagitau je dekat orang tua ku. Pinanglah Maria. Pinanglah dia. Suka dengan Maria.

Hebat betul kuasa Maria.. :)

Tapi aku tahu semuanya mustahil. Sebaik mana pun Maria, selembut mana pun Maria, secantik mana pun Maria, aku tetap tidak boleh milikinya. Tiada lelaki dapat memiliki Maria sepenuhnya. Bukan kerana Maria memilih. Tapi kerana Maria..
...
...
...
...
...
Maria adalah lelaki!!
~damn~
(n_n)

Wednesday, August 25, 2010

Renovation sikit

Sorry ye blog syg. Hari ni kau mesti pening kan? Aku buat sikit renovation pada kau. Huhuhu..
Takat tukar template ngan layout je. Kau jangan kecik hati plak aku tukar yang lama. Sekali sekala kena lah ada pembaharuan. Bukan dalam hidup je nak kena ada benda tu, dalam blogging pun kena gak. Senantiasa mencari cara dan peluang untuk menambat hati pembaca.

Hari ni aku taklah busy sangat, cuma nak kena wat final touch je pada monthly report dengan minit mesyuarat. Esok bos ada meeting da.. Tu yang aku kena kerah abis tenaga semua. Hehehe..

Blog owwh blog..
Tekak aku terasa kering la (-_-") Pagi tadi aku tak bangun sahur macam selalu. Malam semalam aku makan awal, lebih kurang pukul 1 pagi camtu. Siap dengan niat puasa sekali! Aku dah bajet nak bangun lambat, tu pasal aku sahur awal giler.. Last-last sekarang aku leh lak rasa dahaga. Adoii..

Oklah syg.. Ni aku nak sambung keje sikit. Nanti aku tulis lagi apa yang aku terfikir. Haa, pasal company tu aku memang nak tulis. Tapi nanti-nanti lah ye. Kau ingatkan aku tau!

See ya.. n_n

Tuesday, August 24, 2010

Malam Lagenda Budak Setan

Salam & hi..

Haisshh.. Blog owwh blog...
Aku baru je lepas layan drama Lagenda Budak Setan (LBS) dekat Astro Prima. Cerita minggu ni agak advance, kira pasni xdela asyik duk tengok sekolah dorang tu. Si Kasyah (Farid Kamil) dalam minggu ni punya episod dah habis SPM. Giler gempak result dia semua A1 tu! Mesti kenyang perut mak dia.. Eh! Silap, mesti sejuk perut mak dia.. HAHAHAH!!

Blog owhh blog..
Bila aku tengok citer LBS ni, mulalah aku nak FLASHBACK semua citer cinta lama aku. Tu yang paling pantang. Aku kalau boleh xnak la sedih-sedih malam ni, tapi gara-gara LBS tercampak gak hati aku kat tepi. Tersedih balik la aku T.T

Blog owhh blog..
Agak-agak kau, apa yang akan jadi pada aku? Hidup aku? Cinta aku? Dapat atau tak aku meraih bahagia dalam kehidupan? Atau aku hanya akan menjadi suatu beban kepada mereka di sekeliling aku? Haiihhh.. Terlalu banyak persoalan dalam pala otak aku ni blog. Kalau dapat aku rungkaikan dan settlekan semua benda tu sekarang, aku kira senanglah hati aku. Tak perlu nak dibawa ke depan lagi semua masalah-masalah tu. Kau tolong aku ye blog? Kau ajaklah kawan-kawan yang lain doakan kejayaan aku, kebahagiaan aku. InsyaAllah kau takkan aku lupa :)

Sekarang ni blog, aku nak masuk tido. Dah lambat ni. Hari ni aku tido sorang kat apartmen ni. Budak-budak lain semua kat Paya Indah, esok ada training riding. Bermakna sahur pun sorang la ni ye :) Hehehe.. Tido dulu ye!

Blog Realiti Konspirasi...Terbaik!

Salam & hi..

Kerja yang banyak, perut yang lapar, hati yang resah. Kira ni semua pakej yang ade dalam diri aku untuk hari ni. Aduhai.. Entah bila la resah tu hilang. Macam makin sukar je nak hilang sekarang ni. Takpelah. Jangan berhenti berharap dan memohon. InsyaAllah ada jalannya nanti.. :)

Blog owhh blog..
Apa cerita kau hari ini? Eh, kau nak cerita apa je kan? Kau pun tunggu aku yang bercerita. HAHAHA.. Cerita ku tak lah sehebat mana blog. Biasa. Cerita yang bosan, basi dan tak ramai yang nak tahu. Haa, itulah dia citer aku! Hehehe.. Tapi bukan itu yang sebenarnya nak aku luahkan, nak aku ceritakan.. Bukan! Ni cerita tentang blog terhebat!! Bagi aku lah. Blog yang aku kira dapat menambat puluhan ribu hati kecil si pembaca. Hehehe.. Blog apakah itu???

Blog owhh blog...
Mula2, aku minta kau jangan sedih okay. Kau pun terhebat juga bagi aku.. :) Seyes I LIKE U!
Rite, blog ni nama nya REALITI KONSPIRASI. Kau klik je kat nama tu nanti dia bawak kau gi kat blog tu. Blog ni hasil nukilan seorang remaja. Bawah umur aku agaknya. Pemiliknya ialah Zack Zukhairi b. Md Rahim. Tapi aku rasa nama dia Zukhairi je. Zack tu xde pun (sekadar nama glamor).. Hahaha.. Ape pun kan, blog dia ni memang lah hebat aku nampak. Mesra pengguna, isi-isi cerita nya pula memang kena je dengan hati pembaca. So, kira dia dapat advantage la ni. Ditambah plak selingan yang dia masukkan sekali macam artwork2 dia tu. Perghh, memang terbaik la!! Aku terpegun tengok kehebatan dia bercerita. Teringin sekali nak buat camtu, tapi takut digelar peniru pula.. :(

Blog owhh blog..
Apa yang pasti sekarang ni, aku memang dah jadi ONE of the follower la. So, kebarangkalian dia nak notice aku, aku pun tak bape sure. Yelah kan, dah berpuluh ribu follower, agak susah untuk dia nak catch up ngan beginner cam aku ni. Hahaha.. Sungguh low profile aku ini. Harapan aku sekarang, adalah semoga dia dan blog dia maju. Begitu juga aku dan kamu. :) Mana lah tau kan, esok-esok dia teringin nak lawat blog kita ni kan? InsyaAllah..

Oklah, aku nak sambung kerja lagi. Nanti agak-agak kalau terasa nak menaip lagi, aku datang lah balik ye. Babai ye sayang.. n_n

Monday, August 23, 2010

The Expendables Day

Salam & hi..

Hahaha!! Ahad ku baik-baik sahaja.. Yeah, itulah yang aku alami.. Semuanya baik-baik sahaja..
Kau percaya tak blog? Tak percaya?? Percayalah ye.. Hehehe..

Blog owwhh blog..
Apa yang aku nak share ni adalah keseronokan tengok wayang dekat MBO.. Well, namanya taklah sehebat GSC ataupun TGV, tapi MBO tak pernah merugikan bagi aku.. Pengalaman menonton di MBO adalah sesuatu yang agak menarik untuk aku katakan. Seolah seperti berada di lobi hotel di Vegas masa aku masuk ke dalam MBO Harbour Place yang mana terletak di Port Klang. Penataan cahaya dan susun atur yang eksklusif membuatkan aku, Acot dan Austin terpegun gitu.. Memang menarik! Bahagian dalam panggung pula dilengkapi dengan kerusi leather yang selesa dan ruang panggung seolah hanya untuk tontonan keluarga. Tidak terlalu luas juga tidak terlalu kecil.. Aku kira dalam kurang 100 orang sahaja mungkin. Hiasan dindingnya yang menarik dengan lampu bercorak benar-benar membuat aku seolah baru pertama kali menonton wayang dalam hidupku. Hahaha, kelakar tapi itulah yang aku rasakan.

Blog owwhh blog..
Penat bercerita pasal panggung MBO yang hebat. Aku nak cerita pula pasal movie yang aku dan rakan layan. Cerita aksi + komedi sikit dari Stallone dan rakan-rakan iaitu "The Expendables" memang menepati citarasa aku, Acot dan Austin. Yeah, 5 bintang dari aku kerana cerita tu benar-benar membuat hari ku hebat. Jalan cerita yang tidak membosankan, sentiasa dipenuhi dengan aksi-aksi menarik dan hebat ternyata kuat untuk membuat aku bersorak keriangan. Apa tidaknya, panggung yang dilawat memang dah bagus tambah pula dengan cerita yang hebat, makin menjadilah seronok di hati. :)

Blog owhh blog..
Lupa seketika rasanya hatiku bila berseronok begitu. Hilang segala masalah di kepala yang buat aku serabut dan tension. Terpadam segala kenangan pedih yang selalu menghantui aku dari penghujung tahun lepas sehingga kini.. Terima kasih dan ku syukuri nikmat dari-Mu ini..
Alhamdulillah..
n_n

Sunday, August 22, 2010

Siapa kata aku perlukan PEREMPUAN??

Salam & hi..

Nukilan untuk blog tercinta..
Di malam yang dingin... Hahaha..

Blog owwhh blog..
Alhamdulillah hari ini semuanya berlalu dengan baik aku kira..
Kerja-kerja mengenai SEM, utuk hari ini boleh aku katakan 80% dilakukan dengan tekun dan baik.. lagi 20% tu cam biasalah main-main banyak.. Hahaha :)

Blog owwhh blog..
Untuk pengetahuan kau, hari ini lepas balik dari kerja petang td aku terus join budak-budak SEM aku iaitu Acot & Austin. Dorang ni ada task hari ni dan perlu diselesaikan. Alhamdulillah dalam pantauan aku mereka berjaya melakukan kerja-kerja yang diamanahkan dengan baik..
Lepas settle keje, kitorang pun lepak kat AEON Bukit Tinggi. Berbuka dekat sana. details pasal buka tu, korang leh la baca kat blog si Acot nanti sebab aku malas nak tulis kat sini. So, pendek citer mission aku untuk petang tadi selesai dengan jayanya.

Blog owhh blog..
Settle berbuka aku pun balik rumah dan bersiap untuk final meeting dengan budak-budak SEM hari ni.. Location dah confirm, time pun dah confirm, apa lagi?? Jom kita serang BIDAYAH!! Haahahahaha... Ringkasnya, meeting berjalan lancar.. Masalah dapat dibincangkan.. Tggu final decision je on certain things.. Tapi rasanya, tiada masalah kot.. :)

Blog owwhh blog..
Apa lagi yang aku nak katakan?? Hari ini hidupku terasa lengkap.. Bukan kerana sempurna 100%, tapi kerana tiada masalah yang membebankan hatiku ini.. Walaupun semuanya yang berlaku dirasai sendiri berseorangan tanpa teman seperti dulu.. Jadi.. SIAPA KATA AKU PERLUKAN PEREMPUAN???

n_n

Saturday, August 21, 2010

Good morning sayang :)

Salam & hi..

Morning sayang! How are you today?? Oopss!!
I was talking to my blog ok.. Bukan dekat siapa2 di luar sana..
Hehehe.. Urrmm, apa yang i nak tulis ye? Owwhh yeah! Ada story pasal i lagi..
I citer kat you ye sayang.. Dengar tau :)

Blog owhh blog..
Alhamdulillah aku ucapkan di atas peluang dan rahmat yang telah diberikan-Nya pada ku..
Dalam aku berjuang dan bertahan atas kesedihan akibat cinta, Dia telah memberikan aku peluang lain untuk aku memperbaiki kehidupan ku. Satu demi satu jalan di buka di hadapan ku agar aku senantiasa berada di dalam jalan yang benar. Terkadang kan blog, aku rasa macam hina sangat diri ku ini. Kau tau sebab apa? Sebab aku benar2 teruk pada-Nya. Aku rasakan seolah aku tidak layak untuk mendapat kebaikan dari-Nya, namun aku juga tidak ingin mendapat kemurkaan-Nya :(

Blog owhh blog..
Banyak peluang dan ruang ditunjukkan padaku, di saat aku menahan sakit hatiku. Tp biarlah aku bercerita kepada engkau wahai blog tentang beberapa perkara sahaja. Kalau nak diceritakan semua, rasanya baik aku buat novel atau cerpen. Cerita pertama wahai sayangku, dalam masa aku menangis kesedihan..kesepian.. Aku telah dipanggil untuk temuduga. Pada mulanya aku ingatkan ia hanyalah kerja yang biasa, tp sangkaan aku meleset. Aku dipanggil temuduga untuk bekerja dengan Tahweel Centre kepunyaan Al-Rajhi. Tahweel Centre adalah tempat kiriman wang macam Western Union tu. Sangka ku lagi, aku hanya ditawarkan kerja sebagai kuli.. Tp rupanya aku ditawarkan post sebagai Assistant Manager. Bagai ditembak tepat ke dada, jantungku seolah berhenti keriangan mendengar tawaran itu. Aku sudah 2 kali di temuduga oleh mereka. Kata mereka jawatanku telah disahkan cuma menanti "Offer Letter" nya sahaja. Bila akan ku dapat? InsyaAllah dalam masa terdekat. Ya Allah, engkau permudahkanlah segala urusan mengenai ku di dunia ini Ya Allah.. Amin.

Blog owhh blog..
Cerita seterusnya lagi, masih mengenai peluang yang Allah berikan padaku. :)
Dari seorang insan biasa, kini aku telah memiliki sebuah syarikat sendiri.. Bagai tak percaya, baru sahaja aku ditawarkan kerja yang baik, kini aku diberikan peluang untuk membuka sebuah syarikat pula. Alhamdulillah... :)
Pada dasarnya, syarikat ini benar kepunyaanku kerana didaftarkan atas nama ku. Namun, bagiku adalah tidak patut untuk aku bersikap tamak ke atasnya lalu aku bercaadng untuk membuatnya bersama bantuan rakan2 ku. Aku, Acot, Austin, Along dan Khairi sama2 bersetuju untuk bergabung demi syarikat ini. Ku harapkan, apa yang diimpikan akan menjadi kenyataan kelak. Kami bercadang menjadi yang terbaik pada masa akan datang. Mudah-mudahan perjalanan kami bersama dipermudahkan dan diberkati oleh-Nya. InsyaAllah.

Blog owhh blog..
Jadi, itulah antara perkara2 yang aku rasakan amat bermakna padaku buat masa ini. Terus terang blog aku katakan, pedih dan sakit akibat cinta masih belum dapat aku hilangkan. Namun aku terus berharap agar ada sinar yang bakal menjelma dan menukar segala keperitan itu menjadi kebahagiaan. Aku harap agar semua turut ada bersamaku bila itu berlaku. Ku harap juga agar dirimu sayangku akan tetap bersamaku selamanya.. :)


Friday, August 20, 2010

kejadian di hari Jumaat

Salam & hi..

Blog owwhh blog..
Aku nak mengadu dekat kau ni.. :'(
Sedih rasa hati aku.. Cermin kete aku retak!!
Kau nak tau ke blog cmna leh retak?? Haaa, meh sini aku citer..

Kejadian: Cermin retak
Masa: Lebih kurang pukul 2.15 petang
Tempat: di tengah jalan raya
Suspek: Batu
Punca: Brader potong rumput tepi jalan, time potong terkena batu lalu batu melompat kena kete aku.
Mangsa: dah sah-sah aku siot!
Jalan penyelesaian: kenalah aku jumpa Doktor Cermin tampal cermin yang retak tu..

Blog owwhh blog..
Itulah dia ringkasan citer aku.. Kau faham tak ni blog??
Baguslah kalau kau faham.. Cian kan kat aku?? Cian kan??
Haihh la nasib..
:(

Dialog bersama Blog

Salam & hi..

Terasa lama sungguh aku tidak menulis blog. Rasanya hampir sebulan lebih kot.
Jadi apa yang buat aku kembali nak menulis ni? Entahlah, mungkin sebab jiwa ku makin meronta sakit, nak dicerita pada kawan-kawan takut tak didengar. Cerita pada keluarga pula takut dianggap bangang. Hahaha.. Jadi berceritalah aku pada blog site aku yang tercinta ni.

Blog owhh blog..
Apa kau sihat hari ini? Aku agak sakit di sini namun masih lagi tak berhenti berusaha.
Maaf ye kerana aku telah lama tidak melawat engkau. Aku terlalu sibuk dengan kehidupanku.
Sampai aku terlupa untuk menaip walau sepatah perkataan sekali pun. Aku harap engkau
tidak berkecil hati padaku. :(

Blog owwhh blog..
Ada bermacam2 cerita untuk aku paparkan di sini. Pelbagai kisah suka duka tentang aku dan semuanya. Akan ku ceritakan pada kau dan dunia. Jangan kau khuatir sayang, setiap genap isi dan ruang yang engkau telah sediakan untuk ku, akan ku gunakan sepenuhnya. Cuma kali ini, aku berharap aku dapat bersama kau sentiasa. Ke mana ku pergi, ku bawa kau bersamaku.
Pasti satu dunia tahu. :)

Blog owwhh blog..
Aku terpaksa pergi dahulu.. Ada perkara yang aku ingin lakukan. Biasalah, kehidupan seperti ku harus sekali diteruskan. Bertuah untuk dirimu yang hanya menunggu diriku tanpa melakukan sebarang perkara. Tp kesian juga kerana kau terpaksa menunggu ku lama.. Hehe.. Nampak gayanya, nasib kita serupa juga ya? Blog owhh blog..