My Iklan

Monday, September 6, 2010

2 3 hari sebelum..Raya

untuk: blog ku syg..
subjek: 2 3 hari sebelum..Raya

haha.. Salam syg!
Marah ke? Alaa.. Janganlah majuk. Sorry ye syg sebab lama x tulis. Aku busy ckit 2 3 minggu nie.
Kau faham kn? hihi.. Al-maklumlah, nak raya lah katakan. hah!! Raya?? hehe.. Apa cerita ye. n_n

Pejam celik pejam celik, tinggal lagi 2 3 hari nak raya. X sangka aku cepat betul masa berlalu. Rasanya macam baru semalam je aku puasa. hehe.. Kau dah beli baju raya? Dah hias cantik-cantik ke rumah kau tu? Yang paling penting, kau dah bayar Zakat Fitrah lum? huhu.. Aku dah! Jangan bayar lambat-lambat kawan. Nanti terlepas, kena bayar denda. ^_^

2 3 hari lagi nak raya.. Zaman budak-budak.
Time ni aku ingat lagi, keseronokan mengira hari nak raya tu memang terpancar jelas kat muka aku dan adik-beradik. Baju baru, seluar baru, semua mesti baru! haha.. Time tu, yang terkopak bukan lah aku. Pastinya abah dgn mak aku. Dapat gaji je, kena buat belanjawan untuk raya. Duit ni untuk barang-barang dapur sempena raya. Duit ni plak untuk buat balik raya kt kampung. Yang ni beli baju raya family semua. Kalau nak kira rasanya memang x akan cukup semua tu. Tapi dah nama pun tanggungjawab, kenalah pandai-pandai bagi cukup. Janji, anak-anak semua happy. Haihh, thank you la my dad and mom.

2 3 hari lagi nak raya.. Zaman remaja.
Masa zaman ni aku ingat lagi, zaman tengah meningkat naik. Bak kata orang, baru nak 'UP'. haha.. Sengal. Time ni aku dah kurang ckit nak hang out ikut mak bapak aku. Yela, konon-konon dah besar xmo duk bawah ketiak diorang. Padahal nak beli baju raya pun guna duit diorang, lagi mau berlagak macam guna duit sendiri. Perghh, perangai.. Tapi memang macam tu lah yang semua budak-budak remaja rasa. Kononnya dah membesar, dah baligh, dah pandai hidup sendiri. hehe.. Baju raya semua beli sendiri. Dah xnk lagi mak bapak pilihkan. Takut nanti x ikut trend. Apelah punya pala otak. Kecik-kecik lagi konon nak jadi artis, ikut trend itu ini.. Citt, podah!!

2 3 hari lagi nak raya.. Zaman couple.
Ni satu lagi masalah pada aku, dan sah-sah korang pun sama! Raya time couple. Fuyohh!! Nikmat siot..! Bukan nikmat apa, nikmat sebab berteman. Macamlah raya sebelum ni xde yang teman. Yang mak bapak kau dgn adik-adik kau tu apa?? Bukan teman ke?? Hampeh! Masa couple ni, raya nak sama je. Kalau boleh, baju kaler mesti sama, sembahyang sama, raya sama, semuanya nak sama-sama. Mengada-ngada betul perangai masing-masing! Bajet romantik, tapi sebenarnya poyo je. Baru couple, dah nak support awek/balak baju raya. X sedar ke duit yang ko guna tu duit mak bapak korang juga?? hahaha.. Kelakar memang kelakar. Tapi walau macamna hipokrit dan sengalnya waktu itu, rasa bersama couple memang terbaik. Kenangan tu beb!! d-_-b

2 3 hari lagi nak raya.. Sekarang.
Masuk bab sekarang, raya ku rasa x macam dulu. Dia punya energetic time raya makin berkurang. Mungkin sebab dulu aku kecik dan bertenaga banding dengan sekarang besar dan kurang tenaga. haha.. Raya time dulu ku rasakan penuh ceria. Ada keluarga, kawan-kawan dan orang tersayang. Sekarang yang tinggal cuma keluarga dan kawan-kawan. Bukan nak cakap aku ni x bersyukur, tapi rasanya macam x cukup korum lak. Rasa macam ada kekosongan yang perlu diisi. Malangnya aku xtau nak isi dengan apa lagi.

Tahun ni aku dan keluarga hanya beraya di bandar. Kitorang x balik kampung. Lagipun adik aku ada yang kena kerja masa raya tu. So, secara x langsung alasan tu memang kukuh la ye. Raya kat bandar ni, aku cuma harap ada rakan-rakan aku yang x balik kampung lagi. Bolehlah aku jumpa dan raya bersama diorang. Al-maklumlah, dah single mingle nie kenalah cari kengkawan balik. Bukan lupa kat diorang masa dulu, tapi sebab komitmen pada si dia. Harap x amik hati ye kawan-kawan ku. Tenang sudah.. hehe..

Oklah wei, aku stop dulu. Kita sambung lagi esok-esok kalau aku rajin. haha.. Pada kau blog, aku ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.. Syg ko sangat-sangat! haha..

^_* daa

Friday, August 27, 2010

Siapa Maria??

Malam itu aku bersama rakan-rakan. Mujur aku tidak keseorangan dek kerana kesepian ditinggalkan. Rakan-rakan lah yang jadi pengubat luka sendu di hatiku. Memang macam tu lah lumrah hidup. Ditelan mati mak, diluah mati bapak.

Siapa Maria??
Siapa? Kau kenal? Engkau pula bagaimana?
Kenal sama Maria??
Siapa Maria??

Seperti kebiasaan malam sehari sebelum cuti, aku pasti melepak bersama rakan. Kalau dulu bersama si dia, kini hanya bersama rakan-rakan. Bila dah ramai-ramai, macam-macam lah yang teringin dibuat. Malam itu, perkara pertama yang kitorang buat ialah tengok wayang. Cerita yang ditonton mestilah sesuai dengan keadaan semasa. Yelah, kalau keluar dengan awek bolehlah layan cerita jiwang-jiwang. Kalau dengan rakan-rakan kenalah yang penuh aksi. Kalau takpun yang kelakar lah.

Dah habis tengok wayang kitorang buat ape plak??

Haa, selesai je cerita tu takde lagi tempat lain yang nak dituju. Pastinya kedai makan! Hahaha..
Time makan ni, kenalah buat pilihan betul-betul. Takut ade pula yang makan untuk kali ketiga. Hehehe.. Tak kenyang punya pasal.

Aku pula kalau makan kedai mamak, takde lain yang aku order confirm nasi goreng ayam. Aku bukan ape, aku sekarang dalam proses meng'gred' kedai-kedai makan yang aku pergi. Siapa punya nasi goreng ayam terbaik?? Haa.. Setakat ni aku sorang je yang tau. Sorry ye, aku tak rasa macam nak share benda tu sekarang. Hehehe.. Next post maybe (n_n)

Errmm, tapi siapa Maria??

Lorr, aku tak jawab lagi ye?? Hahaha.. Maria kalau dilihat memang cantik! Lemah lembut! Menggoda! Peramah! Pandai sungguh dalam mengambil hati. Nak dijadikan cerita, bertemu dengan Maria seolah bertemu dengan awek kayangan yang datang turun lepak kat bumi sekejap :) Kelembutan Maria dan keayuannya betul-betul menguji iman. Maria memang pandai!

Sampai macam tu sekali penangan Maria??

Hehehe.. Bila dengan Maria, aku seolah boleh melupakan si dia yang pernah aku sayang dan cinta dulu. Segala kesakitan akibat C.I.N.T.A semuanya hilang bila bersama Maria. Kekadang aku rasa macam nak bagitau je dekat orang tua ku. Pinanglah Maria. Pinanglah dia. Suka dengan Maria.

Hebat betul kuasa Maria.. :)

Tapi aku tahu semuanya mustahil. Sebaik mana pun Maria, selembut mana pun Maria, secantik mana pun Maria, aku tetap tidak boleh milikinya. Tiada lelaki dapat memiliki Maria sepenuhnya. Bukan kerana Maria memilih. Tapi kerana Maria..
...
...
...
...
...
Maria adalah lelaki!!
~damn~
(n_n)

Wednesday, August 25, 2010

Renovation sikit

Sorry ye blog syg. Hari ni kau mesti pening kan? Aku buat sikit renovation pada kau. Huhuhu..
Takat tukar template ngan layout je. Kau jangan kecik hati plak aku tukar yang lama. Sekali sekala kena lah ada pembaharuan. Bukan dalam hidup je nak kena ada benda tu, dalam blogging pun kena gak. Senantiasa mencari cara dan peluang untuk menambat hati pembaca.

Hari ni aku taklah busy sangat, cuma nak kena wat final touch je pada monthly report dengan minit mesyuarat. Esok bos ada meeting da.. Tu yang aku kena kerah abis tenaga semua. Hehehe..

Blog owwh blog..
Tekak aku terasa kering la (-_-") Pagi tadi aku tak bangun sahur macam selalu. Malam semalam aku makan awal, lebih kurang pukul 1 pagi camtu. Siap dengan niat puasa sekali! Aku dah bajet nak bangun lambat, tu pasal aku sahur awal giler.. Last-last sekarang aku leh lak rasa dahaga. Adoii..

Oklah syg.. Ni aku nak sambung keje sikit. Nanti aku tulis lagi apa yang aku terfikir. Haa, pasal company tu aku memang nak tulis. Tapi nanti-nanti lah ye. Kau ingatkan aku tau!

See ya.. n_n