My Iklan

Friday, August 20, 2010

Dialog bersama Blog

Salam & hi..

Terasa lama sungguh aku tidak menulis blog. Rasanya hampir sebulan lebih kot.
Jadi apa yang buat aku kembali nak menulis ni? Entahlah, mungkin sebab jiwa ku makin meronta sakit, nak dicerita pada kawan-kawan takut tak didengar. Cerita pada keluarga pula takut dianggap bangang. Hahaha.. Jadi berceritalah aku pada blog site aku yang tercinta ni.

Blog owhh blog..
Apa kau sihat hari ini? Aku agak sakit di sini namun masih lagi tak berhenti berusaha.
Maaf ye kerana aku telah lama tidak melawat engkau. Aku terlalu sibuk dengan kehidupanku.
Sampai aku terlupa untuk menaip walau sepatah perkataan sekali pun. Aku harap engkau
tidak berkecil hati padaku. :(

Blog owwhh blog..
Ada bermacam2 cerita untuk aku paparkan di sini. Pelbagai kisah suka duka tentang aku dan semuanya. Akan ku ceritakan pada kau dan dunia. Jangan kau khuatir sayang, setiap genap isi dan ruang yang engkau telah sediakan untuk ku, akan ku gunakan sepenuhnya. Cuma kali ini, aku berharap aku dapat bersama kau sentiasa. Ke mana ku pergi, ku bawa kau bersamaku.
Pasti satu dunia tahu. :)

Blog owwhh blog..
Aku terpaksa pergi dahulu.. Ada perkara yang aku ingin lakukan. Biasalah, kehidupan seperti ku harus sekali diteruskan. Bertuah untuk dirimu yang hanya menunggu diriku tanpa melakukan sebarang perkara. Tp kesian juga kerana kau terpaksa menunggu ku lama.. Hehe.. Nampak gayanya, nasib kita serupa juga ya? Blog owhh blog..

No comments: