My Iklan

Monday, August 23, 2010

The Expendables Day

Salam & hi..

Hahaha!! Ahad ku baik-baik sahaja.. Yeah, itulah yang aku alami.. Semuanya baik-baik sahaja..
Kau percaya tak blog? Tak percaya?? Percayalah ye.. Hehehe..

Blog owwhh blog..
Apa yang aku nak share ni adalah keseronokan tengok wayang dekat MBO.. Well, namanya taklah sehebat GSC ataupun TGV, tapi MBO tak pernah merugikan bagi aku.. Pengalaman menonton di MBO adalah sesuatu yang agak menarik untuk aku katakan. Seolah seperti berada di lobi hotel di Vegas masa aku masuk ke dalam MBO Harbour Place yang mana terletak di Port Klang. Penataan cahaya dan susun atur yang eksklusif membuatkan aku, Acot dan Austin terpegun gitu.. Memang menarik! Bahagian dalam panggung pula dilengkapi dengan kerusi leather yang selesa dan ruang panggung seolah hanya untuk tontonan keluarga. Tidak terlalu luas juga tidak terlalu kecil.. Aku kira dalam kurang 100 orang sahaja mungkin. Hiasan dindingnya yang menarik dengan lampu bercorak benar-benar membuat aku seolah baru pertama kali menonton wayang dalam hidupku. Hahaha, kelakar tapi itulah yang aku rasakan.

Blog owwhh blog..
Penat bercerita pasal panggung MBO yang hebat. Aku nak cerita pula pasal movie yang aku dan rakan layan. Cerita aksi + komedi sikit dari Stallone dan rakan-rakan iaitu "The Expendables" memang menepati citarasa aku, Acot dan Austin. Yeah, 5 bintang dari aku kerana cerita tu benar-benar membuat hari ku hebat. Jalan cerita yang tidak membosankan, sentiasa dipenuhi dengan aksi-aksi menarik dan hebat ternyata kuat untuk membuat aku bersorak keriangan. Apa tidaknya, panggung yang dilawat memang dah bagus tambah pula dengan cerita yang hebat, makin menjadilah seronok di hati. :)

Blog owhh blog..
Lupa seketika rasanya hatiku bila berseronok begitu. Hilang segala masalah di kepala yang buat aku serabut dan tension. Terpadam segala kenangan pedih yang selalu menghantui aku dari penghujung tahun lepas sehingga kini.. Terima kasih dan ku syukuri nikmat dari-Mu ini..
Alhamdulillah..
n_n

No comments: