My Iklan

Wednesday, June 30, 2010

Doa kekasih demi kasih

hari ini..

hari ini ku lihat engkau ketawa bersamanya.
mungkin ada sesuatu yang mencuit hatimu.
mungkin juga kini.
si dia berjaya menawan tiap sudut hatimu.
atau mungkin aku sahaja yang menyangka begitu.

dalam pandangan ku yang sepintas lalu.
aku terfikir di manakah patut diriku berada?
dahulunya aku berada bersama dengan mu.
tapi kini aku buntu, hanya duduk membisu.
melayan hatiku yang sedang pilu.
menanti waktu ku yang cepat berlalu.

tidakkah ada yang tahu?
tidakkah ada yang ingin membantu ku?
tika ku jatuh dahulu dikaulah yang sering membantu ku.
kau angkat ku dengan sepenuh tenaga mu.
kau kerah semua kasih sayang mu.
demi diriku.
kini semuanya berlalu.

kerana dikau tidak memilih ku.
kerana dia kau campakkan diriku.
kerana dia kini pengganti ku.

dan aku.
terduduk di sudut, kaku.
menanti waktu.
memakan sisa-sisa hidup ku.
dan kau di sana.
tetap seperti dahulu.
tersenyum begitu.
menampakkan indah di wajah mu.

doa ku untuk mu.
tetap ku layangkan menghadap yang Esa.
moga bahagia mu bukan sementara.
moga duka ku bukan tuk selamanya.
moga pergi ku demi bahagia mu jua.
tangan ku tadah mulai lemah.
namun bibir ku tetap berbicara.
doa untuk mu tak pernah sudah..

Amin..
Amin..
Ya-Rabbal Alamin..

No comments: